Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Cyberjaya. Pegawai di situ  telah mengadakan temu duga dan meminta wanita itu menunjukkan cara-cara  membersih lantai dengn betul.
" Anda telah diterima bekerja. berikan e-mel anda, kami akan  mengirimkan maklumat yang diperlukan!" kata pegawai penemu duga  tersebut.
Malangnya, wanita itu tidak memiliki komputer dan juga e-mel.  Penemu duga terus mengatakan bahawa tanpa e-mel, wanita itu tidak boleh  diambil bekerja. Wanita itu terpaksa menerima keputusan itu dengan rasa  kecewa.
Berbekalkan duit Rm10, dia pergi ke pasar raya terdekat dan  membeli 10 kilogram sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke  pintu dan habis dalam masa dua jam saja. Dia mendapat untung sekali  ganda.
Lalu diulanginya kerja tersebut sebagi pekerjaan tetapnya. Setelah  beberapa tahun berniaga, wanita itu mengembangkan perniagaanya dengan  membuka beberapa pasar raya di sekitar Kuala Lumpur. Kini dia bergelar  usahawan wanita berjaya dan mampu membeli Lamborghini.
Suatu hari, dia terlintas untuk mengambil insurans untuk diri dan  keluarganya. Dia memanggil penjual insurans datang ke pejabatnya.  Setelah bersetuju, penjual insurans berkata: "Minta e-mel puan!"
"Oh... maaf, saya tak ada komputer dan e-mel," jawab usahawan wanita itu.
Penjual insurans terkejut dan dan berkata: "Aneh! Puan seorang  usahawan dan menjalankan perniagaan pasar raya yang besar, tapi tidak  mempunyai komputer dan e-mel. Bayangkan apa yang boleh puan lakukan jika  puan memiliki komputer dan e-mel!"
Wanita itu menjawab: "Jadi tukang sapu di Cyberjaya!"
LIVE [261014]-Kuliah Dhuha Ustaz Fawwaz Mad Jan
10 tahun yang lalu
 

 






 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 000 orang mengemukakan pendapat:
Catat Ulasan