Spammer! Cakap sahaja spammer pasti ramai diantara kita yang mula menunding jari kearah sesama kita. Tidak kiralah siapapun mereka sama ada bloggers baru mahupun bloggers lama. Pasti akan ada pelbagai isu bile kita bincangkan mengenai Spammer ini. Tetapi, tahukah kita siapakah mereka yang bergelar spammer ini?
Maksud SPAM
Baiklah, istillah spammer ini sebenarnya sukar dinyatakan dengan tepat kerana SPAM ini sendiri terbahagi kepada banyak bentuk. Secara umumnya maksud spam ialah…
“the abuse of electronic messaging systems (including most broadcast media, digital delivery systems) to send unsolicited bulk messages indiscriminately”
Bentuk SPAM
Bila bercakap mengenai SPAM, kita mestilah mengetahui secara asasnya SPAM ini terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu:
* Spam Forum
Spam Forum ini dapat dibahagikan pula kepada beberapa bentuk atau cara. Antara bentuk spam di forum yang selalu diperkatakan ialah seperti:
1. Double post
2. Salah post di bahagian yang tiada kaitan.
* Spam Emel
Spam emel ini paling banyak berlaku kerana ianya sangat mudah dilakukan. Biasanya emel spam ini sangat mencurigakan dan berniat untuk menipu atau mengambil kesempatan kepada penerima. Selain itu, spam emel juga boleh dikatakan juga sebagai emel yang dihantar secara rawak atau email tertentu kepada orang ramai. Contohnya email dari mana-mana “PPC” dimana orang terbabit akan menghantar link untuk kita klik dan secara tidak langsung mereka akan mendapat untuk dari link yang kita klik itu.
Selain itu, spam emel juga dibuat untuk tujuan tertentu sebagai contohnya emel spam dari Najib Razak iaitu emel “selamat menyambut tahun baru cina” baru-baru ini. Ya, emel sebegitu juga dikatakan emel Spam!
* Spam Blog(Comments)
Teramat biasa berlaku dan biasanya berlaku tanpa sedar atau disengajakan. Kes pertama:
1. Tanpa sengaja( Tidak sedar anda ialah spammer)
Ya, ramai yang tidak tahu bahawa mereka ialah spammer. Sebagai contohnya anda berniat untuk meninggalkan komen dan didalam komen itu anda telah selitkan url blog anda dengan niat untuk promote latest entri blog anda dan mendapat traffik dari blog lain. Cara ini sememangnya salah kerana kebanyakkan blog sudah menyediakan pelbagai bentuk backlinks secara mudah seperti “comment luv”, “disqus” dan sebagainya. Malah, biasanya di bahagian nama commentator sendiri sudah mempunyai link blog anda. Jadi, apa niat anda lagi selain ingin sengaja SPAM ke blog rakan-rakan anda?
Ada juga mengistillahkan komen spam ini sebagai komen yang pendek dan tidak ada kaitan dengan entri. Contohnya:
* Entri menarik!
* Tahniah!
* Hahahha….
2. Komen Spam terancang
Biasanya dilakukan dengan niat kurang baik. Dilakukan oleh pakar-pakar yang banyak mengetahui mengenai dunia seo dan sebagainya. Sama ada ingin mengananyai pemilik blog atau ingin mengambil kesempatan. Kalau aried jelaskan lebih details pun sangatlah sukar untuk difahami kaitannya dengan SEO, tetapi secara ringkasnya ialah mereka ini ada rancangan mereka sendiri.
Oh ya, ramai diantara mereka mengguanakan pelbagai software untuk spam. Ya, software yang sangat mudah. Sekali tekan sahaja terus komen mereka akan melekat di beribu-ribu entri blog. Mudah bukan?
* Spam SMS
Sangat biasa berlaku. Antara SMS spam ialah seperti SMS yang dihantar oleh mana-mana individu untuk menarik anda melakukan sesuatu seperti mengundi mereka, membeli barangan, membuat langganan produk dan sebagainya.
Ya, itulah serba sedikit yang dapat aried ringkaskan mengenai SPAM dan SPAMMER ini. Jadi, adakah anda adalah salah seorang dari SPAMMER itu? Sama-sama kita fikirkan….
6 000 orang mengemukakan pendapat:
Banyak kali kene dah... thanx for sharing..
tu la.. mmg da biase da.. k.. ur welcome..
ya saya.. wah..
hahaha...tau pon ko....
hahaha...
info menarik...baru la aku tau pasal SPAM nie...
hahaha... sharing is caring kan!!!
Catat Ulasan