Pages

~[blog review 1]~

 tujuan aku wat blog review utk mengenang jasa sume follower2 aku... tp aku akan review sikit-sikit laa.. tanpa followers nie aku rase mungkin aku x sambung wat blog nie.. tu mungkin laa... and aku akan review blog follower aku ikut yg terAWAL follow hinggalah yang terKINI... and aku pilih hanya kepada ahli SAHABAT BLOGGER sahaja... coz macam aku tulis kat entri sbelum nie. siapa lah aku tanpa SAHABAT BLOGGER... so, nie blog pertama yang aku nk review... jeng..jeng..jeng..

ini blog Kyêrüll L Frêscð <-------- klik kat nama or header ats nie kalo nk msk blog beliau...
nie blog member aku sejak kecik lagi... aku review die nyer blog first skali pon sebab die la yang slalu support aku, bg komen kat entri sbelum aku join SB nie.. entri blog die byk tentang nasihat...  so, kalo korang nak tau lg banyak tentang blog beliau nie, korang leh klik kat header die tu or klik kat nama nie...-----> Kyêrüll L Frêscð


nie plak blog <--------- klik kat nama or gmbr ats nie kalo nk msk blog beliau...
ni plak antara orang yg terawal join aku lepas aku join SAHABAT BLOGGER... tu sebab la aku nk review awal die nyer blog nie... nie kre supporter terawal aku la nie... huhu... blog die banyak cite pasal hidup die... tu sebab pon nama blog die my life..kuikuikui... and bg sape yang nk tau lebih bayak lagi bleh la klik kat gmbr atas nie atau pon kat nama die nie.. --------> ..

ok laa.. aku akan review lg yang lain lepas nie.. tggu je la yer!! wee~~

header ke-2 aku..


nie header ke-2 yg br jer aku try.. simple jer tp bg aku ok laa... aku ske simple gini... so, pe pendapat korang tentang header br aku nie??? ok x??? comment anda semua diperlukan supaya dapat buat header yg lg bagus lg... thanx tuk sesiape yg singgah!! wee~~

sahabat blogger dihatiku...

knape aku cakap camni??!! ye la... sejak aku masuk group Sahabat Blogger[SB] nie aku rase aku dapat ramai kawan and dapat gak tgk blog2 yang ada kat Malaysia nie... bukan tu jer... tgk readers and folowers aku pon makin tambah.. best tuh.. [smalam traffic blog aku capai 500 lebih] hehehe.. best tuu... comment-comment pon makin meningkat... caya lah..
sumer nie berpunca aku jeles ngan member aku nie... keyrull.. hehe.. ye laa.. dulu die cam aku jer.. ceh!! walaupon die lg hensem dr aku.. x.. aku jeles bab aku tgk tetiba jer member die jd ramai giler... so, aku intai la sikit2.. hahaha.. (jgm marah yer keyrull).. ni la punca die... kerna SB.. so, aku pon join bab aku pon ramai member gak!!! hihi... keyrull.. nie ha aku tunjuk la header  ko nie bab aku da sebut nama ko.. ko x kisah kan!! haha... leh promot ko skali..


aku skarg nie pon da macam ketagih dah.. aku x isap dadah tau.. rokok pon x.. huhu.. cuti jer.. 24 jam SB.. kalo ari keje.. ble balik keje jer tru bukak SB... so, memang SAHABAT BLOGGER DIHATIKU!!

YANG SEMPURNAKANKU CONTEST


contest nie aku jumpe time aku jenguk2 blog ina nazir... die wat contest nie pon bab die nyer followers da capai lebih 100 orang.. so, ble aku tgk jer rase mcm nk ikut jer contest nie.. lh pon aku x penah join mne2 contest sbelum nie kan...

nie syarat-syarat nk join contest nie...
1. Jadi follower blog nie : hey-rara.blogspot.com

2. Buat entry YANG SEMPURNAKANKU CONTEST beserta gambar insan yang menyempurnakan hidup korang dan kenapa beliau menyempurnakan hidup anda . tak kisahlah , family korang sendiri ke , BFF , bf/gf korang mahupun pet korang . no hal .
 "familyku menyempurnakan hidupku"

3. Letak banner contest dekat entry dan sidebar blog korang dan link terus ke blog ni sepanjang tempoh contest.

4. Tag tiga orang dan pastikan orang yang di tag tu tahu pasal contest ni

5. Sila tinggalkan nama anda dan link entry di ruangan komen entry ni

5. Contest berakhir 28 FEBRUARI 2011 jam 11.59 malam

Hadiah:

Pemenang pertama
-topup RM30

Pemenang kedua
-topup RM10

3 pemenang saguhati
-topup RM5
so, aku nk tag sape ek!! hmm...

followers or readers??

aku terpikir gak sama ada followers ke readers tu yg penting... kadang2 aku dengar followers tu x penting tp aku rase macam bukan jer... tp bile orang duk cari ramai follower aku rase readers tu plak yg penting... so, bile dipikir2 kn balik. aku rase dua-dua tu penting bab kalo x da followers x da la pembaca kite and kalo x da pembaca tp ada followers jer nk wat pe plak kn.. followers yang ramai gak membuatkan orang tertarik nk g blog kite.. so, dr situ gak la kite ble tarik oerbaca utk bace entri kite... per pandangan korang plak??!!
peace


MEROKOK memang BEST!!!

ari nie aku nk cite pasal rokok... aku x tau la knape rokok nie memang orang ske giler... x kire la muda ke tue ke, sume ske... nk kata kempen pasal rokok x da, hmm... aku rase memang da banyak da..
sbenarnya tujuan aku cite pasal rokok nie sebab time aku praktikal sebagai PELATIH PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN [M.A] kat HSNZ[ hospital sultanah nur zahirah] aku ada join la OT [pembedahan] nie.. tp just tengok- tengok je la... pembedahan tu sebab dia ada kanser lidah...
umur pesakit tu pon muda lg... br 30-an.. bile aku sebut je pasal lidah korang mesti la tau kn.. punca nya apa yg masuk dr mulut kite nie...
hah! memang tebaek la pembedahan tu... memang ngeri jugak la... mula-mula kena siat kulit kat leher die bab nk cr benda2 yg kotor da msk kat dalam badan die, pastu kena potong dagu die and seterusnya pe lagi potong plak sebelah lidah die... memang terbaek laa... nie aku tunjuk sket gmbr yg aku amek...


pe pandangan korang?? ngeri kn!!

so, punca utama pesakit nie adalah ROKOK!! kepada perokok kat luar sana tu merokok la banyak-banyak ek!! lepas tu ble la buang lidah korang plak!!! hee~

F A C E B O O K V.S F A C E B L O G

http://the-faceblog.blogspot.com/2011/02/salam-perkenalan.htmlasyik-asyik facebokk jer?? hah!! nie aku terjumpa plak FACEBLOG name die... aku jumpa link nie kat blog gurlzeika.. thanx... so bile aku bace punya la bace.. faceblog nie pon bagus gak... khas untuk blogger-blogger jer... so kat FACEBLOG nie kite ble la tambah friend kite yang hanya blogger sahaja... yey!! cam best kn??!! hahaha...  so, korang cuba la tgk ek!!!


Edit 

Siapakah Spammer? Tahukah Anda Bahawa Anda Seorang SPAMMER!

Spammer! Cakap sahaja spammer pasti ramai diantara kita yang mula menunding jari kearah sesama kita. Tidak kiralah siapapun mereka sama ada bloggers baru mahupun bloggers lama. Pasti akan ada pelbagai isu bile kita bincangkan mengenai Spammer ini. Tetapi, tahukah kita siapakah mereka yang bergelar spammer ini?

Maksud SPAM

Baiklah, istillah spammer ini sebenarnya sukar dinyatakan dengan tepat kerana SPAM ini sendiri terbahagi kepada banyak bentuk. Secara umumnya maksud spam ialah…

    “the abuse of electronic messaging systems (including most broadcast media, digital delivery systems) to send unsolicited bulk messages indiscriminately”


Bentuk SPAM

Bila bercakap mengenai SPAM, kita mestilah mengetahui secara asasnya SPAM ini terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu:

    * Spam Forum

Spam Forum ini dapat dibahagikan pula kepada beberapa bentuk atau cara. Antara bentuk spam di forum yang selalu diperkatakan ialah seperti:

1. Double post

2. Salah post di bahagian yang tiada kaitan.

    * Spam Emel

Spam emel ini paling banyak berlaku kerana ianya sangat mudah dilakukan. Biasanya emel spam ini sangat mencurigakan dan berniat untuk menipu atau mengambil kesempatan kepada penerima. Selain itu, spam emel juga boleh dikatakan juga sebagai emel yang dihantar secara rawak atau email tertentu kepada orang ramai. Contohnya email dari mana-mana “PPC” dimana orang terbabit akan menghantar link untuk kita klik dan secara tidak langsung mereka akan mendapat untuk dari link yang kita klik itu.

Selain itu, spam emel juga dibuat untuk tujuan tertentu sebagai contohnya emel spam dari Najib Razak iaitu emel “selamat menyambut tahun baru cina” baru-baru ini. Ya, emel sebegitu juga dikatakan emel Spam!

    * Spam Blog(Comments)

Teramat biasa berlaku dan biasanya berlaku tanpa sedar atau disengajakan. Kes pertama:

1. Tanpa sengaja( Tidak sedar anda ialah spammer)

Ya, ramai yang tidak tahu bahawa mereka ialah spammer. Sebagai contohnya anda berniat untuk meninggalkan komen dan didalam komen itu anda telah selitkan url blog anda dengan niat untuk promote latest entri blog anda dan mendapat traffik dari blog lain. Cara ini sememangnya salah kerana kebanyakkan blog sudah menyediakan pelbagai bentuk backlinks secara mudah seperti “comment luv”, “disqus” dan sebagainya. Malah, biasanya di bahagian nama commentator sendiri sudah mempunyai link blog anda. Jadi, apa niat anda lagi selain ingin sengaja SPAM ke blog rakan-rakan anda?

Ada juga mengistillahkan komen spam ini sebagai komen yang pendek dan tidak ada kaitan dengan entri. Contohnya:

    * Entri menarik!
    * Tahniah!
    * Hahahha….

2. Komen Spam terancang

Biasanya dilakukan dengan niat kurang baik. Dilakukan oleh pakar-pakar yang banyak mengetahui mengenai dunia seo dan sebagainya. Sama ada ingin mengananyai pemilik blog atau ingin mengambil kesempatan. Kalau aried jelaskan lebih details pun sangatlah sukar untuk difahami kaitannya dengan SEO, tetapi secara ringkasnya ialah mereka ini ada rancangan mereka sendiri.

Oh ya, ramai diantara mereka mengguanakan pelbagai software untuk spam. Ya, software yang sangat mudah. Sekali tekan sahaja terus komen mereka akan melekat di beribu-ribu entri blog. Mudah bukan?

    * Spam SMS

Sangat biasa berlaku. Antara SMS spam ialah seperti SMS yang dihantar oleh mana-mana individu untuk menarik anda melakukan sesuatu seperti mengundi mereka, membeli barangan, membuat langganan produk dan sebagainya.

Ya, itulah serba sedikit yang dapat aried ringkaskan mengenai SPAM dan SPAMMER ini. Jadi, adakah anda adalah salah seorang dari SPAMMER itu? Sama-sama kita fikirkan….

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan


 1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari. 

2• Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat

3• Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. 

4• Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. 

5• Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka

6. Jangan banyak berangan.
7• Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
 
8• Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

9• Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
10• Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa
11. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
12• Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
13• Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

new header!!

header nie aku br jer buat...
sbb sblm nie aku x penah letak header lg...
so, nie la header pertama aku...


so, harap2 korang ble la komen ek!!

10 peringatan bumi



Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.